13 Mac 2010

MAJLIS TADARUS AL-QURAN ZON JOHOR JAYA 2010



Pada 11 Mac 2010 telah berlangsungnya Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Rendah KPM zon Johor Jaya yang diadakan di SK Permas Jaya 5. Tiga acara telah dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan Bercerita Dari Kisah Al-Quran. Al-hamdulillah... majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya walaupun dijalankan pada sesi petang. Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini dan terima kasih juga diucapkan kepada Hakim-hakim pertandingan yang bersedia dan meluangkan masa untuk menghakimi setiap acara yang dipertandingkan. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semoga Zon Johor Jaya cemerlang di peringkat Daerah dan seterus ke peringkat Negeri dan Kebangsaan. Semoga Pasir Gudang terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Jazakallah khairan kathira... untuk semua..

03 Mac 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR SIRI 1 & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010M/1431H

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiyah Sekolah ( MAKDIS ) SK Taman Molek dengan Kerjasama, Persatuan Ibubapa Dan Guru ( PIBG ), Majlis Agama islam Johor Dan Majlis Bandaraya Johor Bahru akan menganjurkan Majlis Solat Hajat UPSR siri 1 dan Sambutan Maulidur Rasul 2010M/1431H yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

TARIKH : 26 MAC 2010M bersamaan 10 RABI'UL AKHIR 1431H ( JUMAAT )
MASA : 7.00 MALAM
TEMPAT : DATARAN D'MOLEK SK TAMAN MOLEK

PENCERAMAH UNDANGAN : AL-FADHIL USTAZ MOHD NAZRI BIN ABD. RAHMAN
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Johor

Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Majlis menjemput semua Ibubapa Tahun 6 dan Muslimin Muslimat untuk hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis ini.


01 Mac 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H PERINGKAT SK TAMAN MOLEK

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiyah Sekolah ( MAKDIS ) SK Taman Molek akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H peringkat sekolah yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 26 MAC 2010M bersamaan 10 RABI'UL AKHIR 1431H
Hari : JUMAAT
Masa : 7.20 pagi
Penceramah Undangan : USTAZ MUJAHID BIN AHMAD
( Penyelia Pend. Agama, Pejabat Pend. Agama Daerah Johor Bahru )
Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa sambutan memohon jasa baik orang perseorangan, badan koprat, syarikat-syarikat dan mereka-mereka yang ingin memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan majlis tersebut. Pihak Jawatankuasa sambutan juga menganjurkan PROGRAM AQIQAH dengan bayaran RM 450.00 untuk satu bahagian dan TARIKH TUTUP penyertaan adalah pada 23 MAC 2010. Segala bayaran sumbangan bolehlah diserahkan melalui pihak sekolah dan untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Rizam Bin Sarbini 013-7557415, Ustaz Bakhtiar Effendi Bin Abd. Razak 019-9345749, Ustazah Fatimah Binti HJ Aziz 013-7493015.