01 Mac 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H PERINGKAT SK TAMAN MOLEK

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiyah Sekolah ( MAKDIS ) SK Taman Molek akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H peringkat sekolah yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 26 MAC 2010M bersamaan 10 RABI'UL AKHIR 1431H
Hari : JUMAAT
Masa : 7.20 pagi
Penceramah Undangan : USTAZ MUJAHID BIN AHMAD
( Penyelia Pend. Agama, Pejabat Pend. Agama Daerah Johor Bahru )
Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa sambutan memohon jasa baik orang perseorangan, badan koprat, syarikat-syarikat dan mereka-mereka yang ingin memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan majlis tersebut. Pihak Jawatankuasa sambutan juga menganjurkan PROGRAM AQIQAH dengan bayaran RM 450.00 untuk satu bahagian dan TARIKH TUTUP penyertaan adalah pada 23 MAC 2010. Segala bayaran sumbangan bolehlah diserahkan melalui pihak sekolah dan untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Rizam Bin Sarbini 013-7557415, Ustaz Bakhtiar Effendi Bin Abd. Razak 019-9345749, Ustazah Fatimah Binti HJ Aziz 013-7493015.