13 Mac 2010

MAJLIS TADARUS AL-QURAN ZON JOHOR JAYA 2010



Pada 11 Mac 2010 telah berlangsungnya Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Rendah KPM zon Johor Jaya yang diadakan di SK Permas Jaya 5. Tiga acara telah dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan Bercerita Dari Kisah Al-Quran. Al-hamdulillah... majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya walaupun dijalankan pada sesi petang. Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini dan terima kasih juga diucapkan kepada Hakim-hakim pertandingan yang bersedia dan meluangkan masa untuk menghakimi setiap acara yang dipertandingkan. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semoga Zon Johor Jaya cemerlang di peringkat Daerah dan seterus ke peringkat Negeri dan Kebangsaan. Semoga Pasir Gudang terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Jazakallah khairan kathira... untuk semua..